LESEN SYARIKAT KERETA SEWA

LESEN SYARIKAT KERETA SEWA

Pelbagai soalan yang biasa di ajukan : diantaranya :
Saudara , saya sudah semak syarat penubuhan syarikat kereta sewa. Syaratnya begitu ketat dan kosnya sangat tinggi. Untuk makluman, bagi menubuhkan sebuah syarikat kereta sewa kita perlu mempunyai sebuah syarikat Sdn Bhd, ada pejabat, mendapat permit dari kementerian pelancongan dan mempunyai modal pusingan RM150-250K.
Jawapan
Terdapat 4 jenis usahawan kereta sewa
  1. Tiada Syarikat – Berniaga sendiri dan tidak mempunyai lesen
  2. Syarikat Enterprise – Ada lesen pihak berkuasa tempatan tetapi tiada lesen dari kementerian pelancongan contohnya syarikat saya (Green Matrix Enterprise)
  3. Syarikat Sdn Bhd – Ada lesen kementerian pelancongan tetapi tidak semua kenderaan mereka ada permit (macam kebanyakan pengusaha kereta sewa di airport)
  4. Syarikat Sdn Bhd (GLC) – ada lesen kementerian pelancongan dan semua kenderaan mereka ada permit (plate putih).
Secara peribadi, peraturan di atas dibuat adalah untuk melindungi syarikat no 4 bagi mengelakkan persaingan. Sekiranya kita berjaya memenuhi segala syarat yang ditetapkan, dari persaingan kita tetap kalah kerana syarikat no 4 mempunyai pelanggan “istimewa” yang terdiri daripada syarikat GLC.
Berdasarkan pengalaman saya, pelanggan mahukan perkhidmatan kereta sewa yang murah dan servis terbaik. Jadi kita perlu reduce kos, di samping menyediakan kereta yang berkeadaan baik. Bagi yang hendak memulakan bisnes kereta sewa, seelok-eloknya buka saja syarikat enterprise dan boleh beroperasi dari rumah sahaja (jimat kos). Gunakan internet sepenuhnya untuk mempromosi perkhidmatan anda. Berdasarkan pengalaman, pelanggan syarikat no 3 banyak lari kepada syarikat no 2 kerana harga yang ditawarkan lebih murah.
Advertisements

~ by hamster84 on September 5, 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: